Butterworth, 17 Apr: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah mengepung Balai Polis Ayer Itam sebelum menahan lima anggota balai berkenaan pada awal pagi Sabtu.
Harian Metro melaporkan, serbuan jam 3 pagi itu dibuat kerana kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam rasuah membabitkan sejumlah amaun yang besar.
Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.
Menurut Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, semua lima anggota tersebut masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang diterima oleh pihaknya.
"Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil," katanya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab mengesahkan serbuan dan penahan anggotanya itu. - Siakapkeli.my
Butterworth: SPRM Kepung Balai Polis Dan Menahan 5 Anggota Balai Berkenaan
Reviewed by Unknown
on
22:22
Rating:
No comments: