Kisah Benar Luahan Hati Sedih Gadis Melayu Berkahwin Dengan Bangla





Itulah derita yang kini dilalui oleh seorang ibu muda warganegara Malaysia bernama Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini menetap di negara berkenaan bersama dua cahaya matanya selepas ditinggalkan suaminya yang sedang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa mencari rezeki dengan memecah batu bata di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan duit namun ia dikirim terus kepada ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi buatnya dan juga anak-anak.

Lebih menyayat hati, anaknya yang kini berusia setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dicampur bersama dengan daging babi. Jika anaknya enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu hingga menangis.

Kira-Kira setahun yang lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.

Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anak kesayangannya ke Nepal tanpa pengetahuan bapanya.

Ayu dan suaminya itu bernikah sebelum itu di Thailand dan seterusnya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka dilahirkan di Malaysia dan anak kedua pasangan itu pula dilahirkan di Nepal.




Kini, Ayu merayu sangat untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan dengan kehidupan di Nepal sehingga terpaksa memakan daging babi apabila dipaksa oleh ibu mertuanya.

Marimon hadir berjumpa dengan wartawan memberitahu beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.

“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tidak ada masalah untuk membawa Ayu kembali semula kerana lokasi rumahnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa sebarang visa.

“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah melebihi RM32,000 dan jumlah kesemua termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya.

Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang warganegara Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.

Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi penyakit kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara anak-anaknya.

“Saya kalau hendak uruskan tiket tambang balik memang tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda melebihi jumlah sebegitu memang saya tidak mampu,” katanya.

Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu meringankan beban keluarga tersebut.




Kisah Benar Luahan Hati Sedih Gadis Melayu Berkahwin Dengan Bangla Kisah Benar Luahan Hati Sedih Gadis Melayu Berkahwin Dengan Bangla Reviewed by Unknown on 07:55 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.